Pengunduran Taib Bukan Agenda Umno Masuk Ke Sarawak - Shafie

Diterbitkan: Selasa, 11 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shafie Apdal.
Shafie Apdal.

KAPIT: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pada Isnin menolak andaian dan tuduhan jahat pihak tertentu bahawa Umno akan melebarkan sayapnya Sarawak berikutan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri.

Beliau juga menafikan tuduhan bahawa pengunduran Taib merupakan agenda Umno bagi membolehkan parti itu melebarkan sayapnya ke Sarawak.

Bercakap kepada media selepas meninjau kerja fasa kedua projek pembinaan Jalan raya Kapit/Song/Kanowit di sini, beliau menyelar pembangkang kerana menuduh Umno memaksa Taib meletak jawatan.

"Umno sentiasa berpegang teguh dengan pendiriannya. Kami tidak akan melebarkan sayap kami ke Sarawak.

"Keadaan di Sarawak berbeza sepenuhnya dengan di Sabah ketika Umno masuk ke sana. Kerajaan negeri Sarawak amat stabil, jadi kenapa perlu kami masuk campur? Kami hanya masuk ke sesuatu negeri apabila terdapat keperluan untuk kami berbuat demikian," katanya.

Mengenai hasrat Taib untuk berundur setelah menerajui Sarawak selama 33 tahun, Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, keputusan ketua menteri itu perlu dihormati semua pihak.

Beliau berkata, kerajaan persekutuan amat menghargai dan menyanjung tinggi sumbangan besar Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak dan ketika berkhidmat dengan kerajaan persekutuan suatu ketika dulu.

Sementara itu di KUCHING, Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi berkata, peranan yang dimainkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sama seperti peranan Umno di Semenanjung.

Oleh itu PBB akan terus memainkan peranannya melindungi hak rakyat Bumiputera di Sarawak, katanya.

Beliau berkata, kaum Bumiputera di Sarawak terdiri daripada lebih 30 suku kaum menyebabkan situasi di negeri itu amat berbeza daripada Semenanjung, maka hanya parti politik dan pemimpin rakyat Sarawak yang patut memimpin negeri itu.

Kenyataan Rundi itu disokong bekas Timbalan Ketua Penerangan PBB Datuk Peter Minos yang berpendapat adalah penting untuk PBB terus kekal sebagai sebuah parti yang kukuh supaya hak rakyat Bumiputera di Sarawak terus terpelihara. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan