PBB Tidak Berpecah Kerana Ketiadaan Taib

Diterbitkan: Selasa, 11 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) tidak akan berpecah setelah Presidennya Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan sebagai Ketua Menteri, kata Timbalan Ketua Wanita PBB Datuk Fatimah Abdullah.

Beliau berkata keharmonian di dalam parti itu akan kekal stabil walaupun Sabtu lepas Taib mengumumkan akan meletakkan jawatannya pada akhir bulan ini.

Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri berkata parti tunjang BN di peringkat negeri itu akan terus bersatu dan kuat walau siapa pun dipilih menjadi ketua menteri yang baharu.

"Di dalam PBB wujud semangat yang kuat untuk kami bersatu mempertahankan keharmonian dan kekuatan parti bagi memastikan ia terus menjadi parti tunjang B Ndi negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sentuhan Kasih Tahun Baharu Cina Petronas di sini Selasa. Mengulas penolakan terhadap cadangan Umno dikembangkan ke negeri ini, beliau menegaskan pendirian PBB ialah peranan yang dimainkan Umno di Semenanjung Malaysia sama dengan peranan yang dimainkan PBB di Sarawak.

Fatimah berkata selama ini PBB telah membuktikan keupayaannya dalam memelihara kepentingan kaum Bumiputera di negeri ini serta dapat bekerjasama dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri.

"Malah PBB sebuah parti politik yang sangat dihormati parti komponen BN yang lain kerana ia diterima dengan baik oleh rakyat di negeri ini dan bukti itu dapat dilihat dengan bilangan kerusi yang dimenanginya pada setiap pilihan raya," katanya.

Menurutnya, PBB bersama-sama dengan parti komponen BN yang lain, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berjaya berfungsi sebagai sebuah pasukan yang mantap dalam mentadbir negeri ini.

"Oleh sebab itu tidak perlu bagi Umno mengembangkan sayapnya ke negeri ini," katanya.

Sementara itu, mengulas spekulasi yang menyatakan Menteri Tugas-tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem bakal dilantik sebagai ketua menteri yang baharu, Fatimah meminta rakyat negeri ini bersabar menunggu pengumuman daripada Taib sendiri mengenai perkara itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan