Gempa Sederhana Berlaku di Wilayah Timor, Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 11 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di Wilayah Timor, Indonesia pada pukul 2.06 pagi Isnin, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gegaran ialah 263 kilometer timur laut Kupang, Indonesia dan 1,526 kilometer tenggara Sarikei, Sarawak.

Gegaran tidak mendatangkan ancaman tsunami. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan