Zahid Perlukan Tutorial Tentang Kanun Keseksaan - Teresa Kok

Diterbitkan: Isnin, 10 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Teresa Kok
Teresa Kok

KAJANG: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok membidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata tawaran ganjaran tunai untuk menampar beliau bukan satu ancaman.

"Sebagai seorang menteri, beliau meminta polis untuk tidak menyiasat kes itu. Saya rasa kecewa. Dia tidak tahu undang-undang, terutamanya Kanun Keseksaan.

"Saya ingin meminta peguam negara memberi tunjuk ajar kepada beliau tentang Kanun Keseksaan.

"Sebagai seorang menteri, beliau perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuat sama ada serius atau jenaka," katanya sambil menambah ramai yang akan melihat siasatan polis terhadap kes itu.

Teresa berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina di sini, Ahad.

Ahmad Zahid pada Sabtu mempersoalkan mengapa polis perlu menyiasat NGO Islam yang menawarkan ganjaran wang tunai untuk sesiapa sahaja yang berani menampar Teresa.

Beliau berkata, ia bukan satu ancaman apabila diminta mengulas mengenai ganjaran wang tunai yang ditawarkan oleh NGO berkenaan yang berkata video kontroversi Onederful Malaysia 2014 meniup kebencian kaum.

Ahmad Zahid berkata siasatan telah dimulakan terhadap Teresa untuk video kontroversi Tahun Baru Cina beliau dengan lebih 300 laporan polis yang dibuat terhadap.

Teresa membuat laporan polis terhadap kumpulan yang menawarkan ganjaran RM500 kepada sesiapa yang boleh menamparnya. Jumlah itu kemudiannya dinaikkan kepada RM1,200.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan