Teresa Kok Perlu Minta Maaf - MCA

Diterbitkan: Isnin, 10 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong menasihati Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok supaya memohon maaf berhubung penerbitan klip video 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang dikaitkan dengan Teresa.

Beliau berkata Teresa harus bersikap lebih sensitif dan matang dalam membicarakan sesuatu mesej di khalayak umum sebagaimana budaya masyarakat Cina.

"Kalau orang Islam boleh bermaaf-maafan pada perayaan Aidilfitri, kita orang Cina patut melafazkan kata-kata yang akan membawa tuah kepada orang lain. Itu adalah sebahagian sedekah kepada orang lain.

"Kita tidak nak orang anggap budaya Cina yang memaki hamun dan mempersenda orang ketika perayaan. Itu bukan budaya kita (Cina) yang seharusnya melakukan perkara demi kebaikan semua orang dan tidak merosakkan hati orang lain," katanya di sini malam Ahad.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan malam Tahun Baharu Cina anjuran MCA Sabah yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Klip video yang tersebar luas melalui YouTube itu memaparkan Teresa selaku pengacara dan tetamu undangan satu majlis mengeluar kenyataan menyindir kerajaan dan beberapa perkara lain seperti isu keselamatan di Sabah.

Dalam pada itu, Wee meminta pihak berkuasa mengambil tindakan adil ke atas pihak yang membuat laporan polis berhubung isu klip video itu termasuk oleh Teresa sendiri.

Beliau berkata pihak polis perlu menjalankan siasatan dan menentukan tindakan mengikut undang-undang selepas siasatan lengkap dilakukan.

"Saya terkilan kalau ada laporan oleh mana-mana pihak, polis harus siasat tidak kira laporan terhadap Teresa Kok atau dari Teresa Kok sendiri. Komen tidak payah siasat itu adalah andaian pilih kasih," katanya.

Sementara itu katanya MCA berpendirian bahawa tawaran beserta ganjaran untuk 'menampar' Teresa berhubung video itu tidak menepati budaya dan melampaui batas rakyat yang berfikiran rasional di negara ini. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan