Taib Menghadap Yang Dipertua Negeri Sarawak Sabtu Ini

Diterbitkan: Isnin, 10 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Taib Mahmud.
Abdul Taib Mahmud.

KUCHING: Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Isnin berkata, beliau akan menghadap Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng Sabtu ini untuk menyampaikan hasratnya meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Katanya, beliau perlu mengikut protokol untuk meneruskan perancangannya melepaskan jawatan itu yang telah dipegangnya selama 33 tahun.

"Tidak perlu tergesa-gesa. Saya berasa tidak sabar untuk melakukan sesuatu yang berfaedah kepada negara secara santai (selepas bersara sebagai ketua menteri)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Rela peringkat negeri di sini.

Pada Ahad, beliau berkata, menghadap Yang Dipertua Negeri adalah antara "beberapa lagi langkah" yang beliau perlu lakukan sebelum bersara secara rasminya.

"Saya perlu lakukan semuanya mengikut susunan yang betul," kata Taib, yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Ketika ditanya pada Ahad sama ada beliau akan meletak jawatan pada akhir bulan ini, Taib secara berseloroh enjawab: "Yeah...saya fikir begitu...supaya saya dapat gaji penuh (saya) bagi Februari."

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu pemberita, mesyuarat tertutup yang diadakan di pejabat Taib pada Isnin tidak membincangkan secara spesifik mengenai persiapan dari segi keselamatan bagi kemungkinan pilihan raya negeri lebih awal di Sarawak.

"Ia bagi membincangkan soal keselamatan secara am di Sarawak, dan mesyuarat ini telah dirancang lebih awal sebelum tersebar spekulasi (mengenai Taib bakal bersara)," katanya.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata "senario politik secara umum" di Sarawak ada dibincangkan pada mesyuarat itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan