Taib Hadir Taklimat Bersama Menteri Dalam Negeri

Diterbitkan: Isnin, 10 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kereta rasmi Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memasuki perkarangan bangunan Wisma Bapa Malaysia di Kuching pada Isnin untuk menghadiri taklimat bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. -fotoBERNAMA
Kereta rasmi Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memasuki perkarangan bangunan Wisma Bapa Malaysia di Kuching pada Isnin untuk menghadiri taklimat bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. -fotoBERNAMA

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menghadiri taklimat tertutup bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Wisma Bapa Malaysia di sini Isnin. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri James Jemut Masing, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Tan Sri Peter Chin Fah Kui dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Mengikut jadual awal yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lepas, taklimat tertutup yang dibuat di Pejabat Ketua Menteri itu berkaitan pilihan raya negeri ke-11.

Namun seorang pegawai KDN yang datang bertemu media memaklumkan perjumpaan itu hanya kunjungan hormat terhadap Taib dan tiada sidang akhbar akan dibuat.

Hampir 30 wartawan media cetak dan elektronik yang mula berkumpul di Wisma Bapa Malaysia sejak 9.30 pagi tidak dibenarkan memasuki kawasan bangunan itu dan hanya menunggu di pintu pagar masuk utama bangunan. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan