Semua Laporan Polis Perlu Disiasat - Wee beritahu Zahid - Berita Semasa | mStar

Semua Laporan Polis Perlu Disiasat - Wee beritahu Zahid

Diterbitkan: Isnin, 10 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak sepatutnya memberitahu tawaran untuk menampar Teresa Kok bukan satu ancaman.

"Saya tidak fikir ia satu yang berat sebelah dalam sesuatu isu, setiap laporan polis yang dibuat oleh orang awam sepatutnya disiasat," katanya ketika hadir pada majlis makan malam sempena sambutan Tahun Baru Cina di sini Ahad.

Menurutnya, sebagai pemimpin, Ahmad Zahid sepatutnya bertindak adil manakala pihak berkuasa pula perlu menyiasat setiap laporan polis yang dibuat sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang.

"Hanya dengan sikap yang telus dan adil, rakyat dapat mempercayai seseorang pemimpin atau parti yang dipimpinnya," ujarnya.

Pada Sabtu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata bahawa laporan polis mengenai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat tawaran untuk menampar Teresa Kok tidak perlu disiasat.

Kontroversi itu terlebih dahulu diwujudkan oleh Ahli Parlimen Seputeh terbabit yang memuat naik ucapan sambutan Tahun Baru Cina berbaur hinaan terhadap negara.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan