Saya Hampir Bersara 10 Tahun Lalu - Taib

Diterbitkan: Isnin, 10 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Taib Mahmud.
Abdul Taib Mahmud.

KUCHING: "Saya hampir bersara sedekad yang lalu," kata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang memutuskan untuk bersara.

"Saya mahu memberitahu anda sesuatu, yang menjadi rahsia di kalangan sejumlah kecil di PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu)," kata Taib memberitahu kepada ratusan hadirin pada perhimpunan Tahun Baharu Cina oleh Dewan Perniagaan dan Industri Cina pada Isnin.

"Sembilan atau 10 tahun lalu, kami telah mengusahakan dasar yang dikenali sebagai Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak(Score). Selepas fakta dasar itu dikumpulkan, saya fikir ia adalah masa untuk saya bersara.

"Tetapi rakan-rakan saya di PBB berkata tidak, kita hanya boleh buktikannya bila ia (Score) berjaya. Kamu perlu membentangkannya dahulu dan buktikan ia dapat dilaksanakan."

Taib berkata, sejak itu batu penjuru telah berubah menjadi empangan Bakun.

"Sekarang Score begitu jauh melangkaui jangkaan kita... Malam ini, saya berharap untuk memberitahu anda mengenainya, bahawa sembilan atau 10 tahun lalu saya kurang yakin mengenai pengganti saya.

"Hari ini, saya begitu pasti mereka boleh melakukan tugas itu. Sudah cukup kerja sepasukan. Orang yang sama telah melalui banyak pengalaman.

"Hari ini, saya beritahu anda, tiba masanya untuk saya bersara. Saya yakin pengganti saya dapat menjadikan Sarawak sebagai satu kejayaan," kata Taib.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan