EGM MCA Bincang Jawatan Kabinet Dalam Masa Terdekat - Berita Semasa | mStar

EGM MCA Bincang Jawatan Kabinet Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan: Isnin, 10 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA dijangka akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai pendirian parti itu berhubung lantikan untuk menyertai Kabinet.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyuarakan hasrat agar lebih ramai deligasi MCA bersetuju agar satu EGM dapat diadakan segera bagi membuat keputusan mengenainya.

"Saya harap transformasi MCA dapat berlaku melalui EGM. Saya yakin dan percaya ia akan mencapai hasil yang baik dalam memastikan perubahan MCA dapat berlaku dengan segera," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Menerusi EGM pada 20 Oktober tahun lalu, perwakilan parti mengekalkan keputusan sebelum ini bahawa MCA tidak akan menerima apa-apa jawatan dalam kerajaan kerana prestasi pilihan raya umum ke-13 adalah lebih teruk daripada pilihan raya tahun 2008.

Walau bagaimanapun, para perwakilan mengundi agar parti itu menerima pelantikan sebagai senator atau mana-mana jawatan-jawatan kerajaan yang lain, dan juga ahli majlis eksekutif negeri.

Menurut Liow, menerusi EGM yang bakal diadakan tidak lama lagi, parti itu perlu menentukan pendirian terbaru mereka mengenai kedudukan MCA dalam Kabinet.

"Kita perlukan keputusan dalam EGM jika mahu kembali ke Kabinet dan ia terpulang kepada perwakilan. Saya yakin mereka akan buat keputusan yang tepat demi kepentingan parti," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan