Anwar Dakwa SPR Ejen Umno

Diterbitkan: Isnin, 10 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada majlis ceramah di Dewan Orang Ramai Taman Mesra di Kajang baru-baru ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada majlis ceramah di Dewan Orang Ramai Taman Mesra di Kajang baru-baru ini.

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menegur tindakannya memulakan kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang lebih awal sebelum tempoh yang dibenarkan.

Malah Ketua Pembangkang itu seperti biasa mendakwa suruhanjaya berkenaan sebagai ejen Umno ekoran daripada teguran berkenaan.

"SPR ejen Umno. Mereka hanya tonton TV3. Mereka tak tonton TV1, TV2," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa, Jiro Hanyu yang datang ke Malaysia untuk memohon maaf diatas insiden beliau dihalang memasuki Jepun pada 19 Februari lalu.

Anwar turut mengelak untuk mengulas lanjut beberapa dakwaan beliau berkempen sebelum hari penamaan calon yang ditetapkan pada 11 Mac depan.

"Saya tak nak layan dakwaan-dakwaan ini. Saya ingat lepas ini lebih ramai 'tokoh-tokoh' baru muncul," katanya.

Pada Isnin, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata mana-mana pihak yang memulakan kempen sebelum hari penamaan calon boleh dikenakan tindakan oleh pihak polis dan didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kempen bermula selepas penamaan calon dan berakhir pada 22 Mac jam 12 tengah malam. Kempen pilihan raya sebelum tarikh itu adalah tidak dibenarkan," katanya.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR didakwa mengadakan beberapa siri ceramah sejurus diumumkan sebagai calon PRK DUN Kajang, baru-baru ini.

Kerusi DUN tersebut kosong berikutan peletakan jawatan mengejut wakil rakyat PKR, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.

Walaupun Anwar sering menuding jari terhadap SPR kerana didakwa tidak telus, Penasihat Ekonomi Selangor itu memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Mei tahun lalu.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan