Waytha Moorthy Letak Semua Jawatan Kerajaan Isnin Ini

Diterbitkan: Ahad, 9 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Waytha Moorthy.
Waytha Moorthy.

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf), P. Waytha Moorthy meletak jawatan daripada semua jawatan kerajaan dan Dewan Negara pada Isnin.

Beliau mengesahkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Hindraf P. Ramesh pada Sabtu, berkata bahawa peletakan jawatan itu adalah keputusan sebulat suara yang dibuat oleh jawatankuasa pusat Hindraf.

Ditanya sekiranya kebenaran tentang kenyataan itu, Waytha Moorthy menjawab dalam pesanan teks: "Ya."

Waytha Moorthy dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas pilihan raya umum tahun lepas.

Sebulan kemudian, beliau mengangkat sumpah sebagai senator.

Ramesh dalam satu kenyataan berkata, peletakan jawatan itu diikuti kepercayaan Hindraf bahawa Kerajaan telah "mengheretnya" terhadap janji-janji yang dibuat untuk membantu kaum India di negara ini.

"Hindraf berhutang kesetiaan kepada masyarakat miskin India Malaysia dan kepada mereka sahaja," katanya.

Hindraf menandatangani memorandum persefahaman dengan Kerajaan pada 18 April tahun lepas, kurang daripada satu bulan sebelum pilihan raya umum, dalam usaha untuk menyelesaikan masalah sosio-ekonomi yang melanda masyarakat India di Malaysia.

Ramesh mendakwa Hindraf dalam usaha untuk melancarkan program di bawah MoU itu, hanya menemui beberapa penangguhan dan jalan buntu berhubung penyelesaian tersebut.

Beliau mendakwa, ia secara jelas memperlihatkan Barisan Nasional tidak menghormati memorandum itu.

"Satu-satunya kekesalan Hindraf ialah kami tidak dapat menunaikan janji untuk melakukan perubahan terhadap masyarakat India yang miskin menerusi inisiatif ini.

"Kami memohon maaf kerana memberikan pengharapan ini kepada mereka," katanya.

Mereka yang dikaitkan dengan kumpulan Waytha Moorthy iailah P. Uthayakumar, yang mengetuai puak lain dalam Hindraf, yang menuduh menjadi "pengkhianat" yang tidak akan diterima ke dalam kumpulan itu.

Setiausaha Agungnya, S. Thiagarajan berkata: "Apa yang dia dilakukan itu adalah urusan dia, kumpulannya tidak sama dengan kita.

"Kemungkinan dia bergabung dengan kita kerana ramai yang kecewa dengan beliau dan tidak mempercayainya lagi."

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan