Tiada Rancangan Guna Sistem Matrikulasi Di Sekolah - Mary Yap

Diterbitkan: Ahad, 9 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Kementerian Pendidikan tidak merancang untuk mengguna pakai sistem pembelajaran kolej matrikulasi di peringkat sekolah menengah, kata Timbalan Menterinya Datuk Mary Yap Kain Ching.

Katanya banyak perkara perlu diambil kira jika mahu melaksanakan sistem itu.

"Kita belum ada rancangan, tetapi sebagai seorang pendidik saya optimis untuk melihat peningkatan demi peningkatan, namun kita akan mengambil kira semua faktor sebelum melaksanakan sesuatu," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau diminta mengulas mengenai saranan sesetengah pihak agar kementerian menggantikan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan sistem pembelajaran kolej matrikulasi.

Mengulas lanjut, Yap berkata isu PBS timbul kerana pihak yang berkenaan tidak mendapat maklumat lengkap mengenai sistem itu.

"Sistem PBS ialah antara usaha untuk menambah baik cara penilaian pelajar yang bersifat lebih holistik merangkumi aspek komunikasi, interaksi dan penglibatan dalam kokurikulum.

"Dalam sistem ini penilaian dapat dijalankan sepanjang masa dan biasanya apabila melaksanakan suatu sistem yang baharu memang mendapat bantahan dan reaksi," katanya.

Bagi menangani masalah itu, Yap berkata Kementerian Pendidikan mengadakan program penjelasan bagi memberi pemahaman kepada semua pihak berkepentingan tentang PBS dan pelaksanaannya.

Yap yang juga Anggota Parlimen Tawau sebelum itu hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina, di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan