Tawar Ganjaran Untuk Tampar Bukan Ancaman, Tidak Perlu Siasat - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Ahad, 9 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid Hamidi.

KAJANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, menawarkan ganjaran untuk menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bukan suatu ancaman dan tiada keperluan untuk menjalankan siasatan polis mengenainya.

"Mengapa kita perlu menyiasat? Jika dia telah ditampar, barulah kita boleh ambil tindakan," kata Ahmad Zahid.

"Menampar bukan satu ancaman. Jika mereka kata 'membunuhnya', maka ia akan menjadi satu ancaman. Isu tampar adalah antara beliau dan mereka (NGO yang menawarkan ganjaran itu)," katanya.

Ahmad Zahid berkata, klip video yang membabitkan Teresa Kok yang dilihat mempunyai unsur menghasut, telah dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) untuk siasatan lanjut.

Bercakap kepada pemberita selepas lawatan ke Penjara Kajang, di sini, Ahmad Zahid berkata, beliau telah melihat video itu dan tidak mahu mengulas sama ada tindakan terhadap Ahli Parlimen Seputeh itu telah diputuskan.

"Mereka sedang disiasat, jadi kita seharusnya menunggu siasatan itu. Dalam pada itu, kami menerima lebih 300 laporan polis terhadap Kok dan bekerjasama dengan SKMM berhubung kes itu," katanya.

Di Kuala Lumpur, Timbalan Ketua Polis, Datuk Mohmad Salleh berkata, NGO terbabit disiasat di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman.

Polis akan mendapatkan ahli-ahli badan itu untuk disoal siasat pada minggu depan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan