Saya Perlu Bergerak Beberapa Langkah Lagi Sebelum Berundur - Taib Mahmud

Diterbitkan: Ahad, 9 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Reaksi Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak,Tan Sri Abdul Taib Mahmud ketika diserbu oleh pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Bersama Parti Komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak di ibu pejabat parti itu di Kuching, Ahad. -fotoBERNAMA
Reaksi Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak,Tan Sri Abdul Taib Mahmud ketika diserbu oleh pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Bersama Parti Komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak di ibu pejabat parti itu di Kuching, Ahad. -fotoBERNAMA

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Ahad berkata beliau perlu bergerak "beberapa langkah lagi" sebelum bersara dari jawatannya.

Beliau berkata antara perkara yang perlu beliau lakukan ialah memohon perkenan menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Barieng untuk memberitahu Tuan Yang Terutama mengenai hasrat beliau untuk bersara dari jawatan Ketua Menteri Negeri.

"Saya perlu uruskan setiap perkara mengikut susunannya," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional Sarawak di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini.

Taib ialah Presiden PBB dan pengerusi Barisan Nasional Negeri.

Ditanya sama ada beliau akan berundur menjelang hujung bulan ini, Taib menjawab: "Ya...saya fikir begitulah...supaya saya dapat gaji penuh untuk Februari". - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan