PRK Kajang: BN Tidak Akan Beri Laluan Mudah

Diterbitkan: Ahad, 9 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Barisan Nasional (BN) tidak akan memberi kemenangan mudah kepada pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac ini.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak mustahil situasi boleh berubah jika penduduk setempat mahu melihat perubahan ke arah masa depan lebih baik yang mampu dilakukan BN di DUN berkenaan.

"Tidak mustahil jika perubahan (berlaku) di Kajang, (iaitu) menukar anggota dewan undangan negerinya (kepada wakil BN) berlaku pada PRK ini.

"Kita tahu Kajang mempunyai banyak permasalahan walaupun ia sebuah bandar di pinggir Kuala Lumpur. Bukan sahaja masalah berkaitan pembangunan, masalah sosial juga banyak," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Penjara Sejahtera pada Sabtu.

Kerusi DUN Kajang kosong berikutan perletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh pada 27 Jan.

Penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan