PRK Kajang: Anak Perempuan Zahid Putuskan Tidak Bertanding

Diterbitkan: Ahad, 9 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar di Twitter menunjukkan Nurul Hidayah dan Zahid sedang membeli barang untuk Hari Raya pada 2013.
Gambar di Twitter menunjukkan Nurul Hidayah dan Zahid sedang membeli barang untuk Hari Raya pada 2013.

KUALA LUMPUR: Anak perempuan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan tidak akan menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Kajang, selepas ayahnya meminta untuk tidak bertanding dalam pilihan raya itu.

Nurul Hidayah Ahmad Zahid, 35, menerusi akaun Twitternya berkata, beliau menghormati permintaan bapanya, dan berkata keputusan itu dibuat antara cita-citanya dan kasih kepada bapanya.

"Saya akur tetapi masa saya akan tiba nanti... Saya sayang Abah," kata Nurul Hidayah.

Pada Jumaat, ahli Umno Bagan Datoh itu berkata, beliau berhasrat untuk bertanding kerana merasakan drinya layak menyertai PRK tersebut.

Bapanya kemudian menolak laporan berkenaan, dengan memberitahu anak perempuannya "untuk tidak terlibat dalam politik itu".

"Ia merupakan kerusi MCA dan kita harus menghormatinya," kata Zahid kepada para pemberita sambil menambah bahawa Nurul Hidayah menetap di Kajang.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)-PKR, Lee Chin Cheh secara tiba-tiba pada 27 Januari lalu.

Hari pengundian bagi PRK Kajang adalah 23 Mac dan penamaan calon pada 11 Mac.

Peletakan jawatan Lee dipercayai berkaitan dengan spekulasi bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menyenaraipendek calon-calon untuk parti dalam PRK itu tetapi masih belum mendedahkan nama yang disenaraikan.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan