Polis Rakam 17 Keterangan Pegawai Dan Pemain Pasukan T-Team

Diterbitkan: Ahad, 9 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Polis Terengganu telah merakam 17 keterangan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan yang berlaku di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, pada 1 Februari lepas.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, kesemua mereka yang dipanggil adalah di kalangan pemain dan pegawai pasukan T-Team yang berada ketika insiden itu berlaku.

Katanya, hasil keterangan itu diserahkan kepada Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

"Bagi pengadu dan saksi kejadian yang berada di Terengganu kita telah panggil bagi merakamkan percakapan mereka sebaik menerima laporan daripada pemain serta pengurusan pasukan itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Unit Ronda Bermotosikal di sini, Ahad.

Jamshah berkata, selain merakamkan keterangan, pihaknya turut menerima empat laporan polis berhubung kejadian itu.

Pada perlawanan pusingan kedua Piala FA ketika T-Team menentang Johor Darul Takzim (JDT), kekecohan berlaku di terowong stadium ketika pemain menuju ke bilik persalinan.

Pemain import kelahiran Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagiazzo mendakwa dikasari ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama.

Selepas laporan polis dibuat, insiden itu semakin meruncing apabila pemain pertahanan T-Team, Irfan Ghani membuat sidang media di Johor Baharu bagi menyangkal dakwaan itu.

Kejadian itu juga menyebabkan lembaga disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia memberi kemenangan percuma 3-0 kepada JDT apabila T-Team enggan meneruskan permainan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan