Pengunaan Bahasa Inggeris Jadi Fokus Utama Di Sekolah - Muhyiddin

Diterbitkan: Ahad, 9 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin Yassin.

MUAR: Penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah akan menjadi fokus utama dengan memperkukuhkannya lagi di kalangan pelajar dan guru, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Terdapat beberapa kumpulan meminta pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dihidupkan semula tetapi ini tidak dapat dilaksanakan seperti yang diputuskan dalam kajian," kata beliau sambil menambah bahawa keadaan itu disebabkan oleh kekurangan guru yang mampu untuk mengajar dua mata pelajaran dalam bahasa tersebut.

"Oleh itu, tumpuan kami pada Bahasa Inggeris adalah untuk mengajar dengan bahan-bahan terbaik dan guru-guru yang terbaik di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Negara dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar," katanya.

"Ibu bapa mahu anak-anak mereka untuk menguasai bahasa itu kerana mereka menyedari betapa pentingnya Bahasa Inggeris dalam era globalisasi," kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan.

Beliau berkata demikian pada mesyuarat dengan kumpulan pendidik di Kompleks Sri Pekembar di Pagoh, dekat sini, Sabtu.

Muhyiddin berkata, kementerian akan menganjurkan lebih banyak kursus dan program dalam Bahasa Inggeris untuk meningkatkan kemahiran guru dalam bahasa itu.

Tahun lepas, beliau berkata, 5,000 guru Bahasa Inggeris menghadiri kursus peningkatan kemahiran dan 20,000 lagi akan menyertai kursus yang sama dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Bercakap mengenai lawatannya ke Britain baru-baru ini, Muhyiddin berkata, beliau bertemu dengan pakar-pakar bahasa Inggeris dari Universiti Cambridge, yang memuji tahap pengajaran dan pembelajaran di Malaysia.

Beliau berkata, satu kajian baru-baru ini menunjukkan 37% daripada guru-guru Bahasa Inggeris tempatan mempunyai tahap penguasaan tinggi yang sama dengan guru-guru di Britain.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan