PAS Sambut Baik Cadangan 'Konsensus Nasional' BN

Diterbitkan: Ahad, 9 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi Awang.

PETALING JAYA: PAS akhirnya menyambut baik cadangan "Konsensus Nasional" oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat menerusi perbincangan di kalangan pimpinan PAS Pusat untuk meneliti berbagai aspek dalam mendalami persoalan konsesus itu.

"Sehubungan itu, PAS menyambut baik cadangan tersebut sebagai usaha merungkai serta menyelesaikan kemelut dalam negara kita ini.

"PAS ingin menegaskan bahawa sebarang tujuan murni ke arah keharmonian dalam masyarakat adalah wajar diperkukuhkan, sebagaimana yang pernah disumbangkan oleh PAS menerusi pelbagai jawatankuasa dan majlis perundingan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Najib dilaporkan pada 29 Januari lalu berkata, pelan perdamaian nasional yang diusahakan kerajaan berasaskan empat teras iaitu sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa.

Cadangan yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet itu meneliti satu pelan untuk membangunkan dan menggalakkan persekitaran kondusif untuk dan dapat membantu menggalakkan perdamaian nasional menerusi perpaduan dan konsensus di dalam negara.

Abdul Hadi berkata, konsesus itu juga selari dengan keperluan muzakarah yang disebutkan beliau dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-59 lalu.

"Oleh itu, PAS berharap agar pihak kerajaan dapat menyatakan terma-terma dan proses Konsensus Nasional ini sebagai langkah untuk bergerak ke hadapan," katanya.

Najib sebelum ini berkata, beliau mengilhamkan idea perdamaian nasional selepas pilihan raya umum lepas, namun beberapa pihak tidak responsif terhadap rayuannya untuk bekerjasama.

"Kesahihan pilihan raya malah dipersoalkan oleh mereka dan ia terbukti tidak berasas. Saya kini menjadi lebih bersemangat apabila melihat Pembangkang menggesa bagi satu konsensus dan saya percaya mereka akan mengalu-alukan perkembangan baharu ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan