Kerajaan Digesa Ketatkan Pengawasan Produk Kesihatan, Kecantikan

Diterbitkan: Ahad, 9 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengggesa kerajaan supaya mengetatkan lagi pengawasan terhadap iklan produk-produk kesihatan dan kecantikan tidak berdaftar yang boleh membawa maut ke atas pengguna.

Presidennya Dr N.K.S Tharmaseelan berkata Lembaga Iklan Ubat (LIU) di bawah Kementerian Kesihatan harus mengambil lebih ramai pekerja dan menyediakan dana untuk memantau iklan-iklan produk berkenaan yang ditampilkan secara meluas dalam Facebook, blog, televisyen dan akhbar.

"Ada banyak produk di pasaran yang tidak diuji dan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab ini mengiklankan produk mereka secara bebas dan ada sesetengah syarikat yang membuat iklan palsu kononnya produk mereka diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.

"Memang mustahil untuk memantau setiap produk dan mengambil tindakan kecuali jika ada pihak yang membuat aduan," kata beliau kepada Bernama Ahad.

Datuk Dr Tharmaseelan juga membangkitkan tentang kemunculan pelbagai papan iklan di tempat-tempat awam di seluruh negara yang mengiklankan produk berkenaan secara bebas.

"MMA mempunyai garis panduan yang ketat mengenai perkara itu. Saya berharap Majlis Perubatan Malaysia (MMC) juga memandang berat berhubung dengan perkara itu kerana ia telah menjadi gurauan dalam industri kesihatan," kata beliau.

Selain pemantauan, MMA juga menggesa penalti dan hukuman berat ke atas pesalah-pesalah berkenaan kerana pada masa ini mereka tidak kisah membayar denda yang tinggi.

Bagi pihak pengguna pula, Datuk Dr Tharmaseelan berkata rakyat Malaysia harus memastikan mereka berjumpa dengan doktor yang sah dan berkelayakan untuk mendapatkan preskripsi yang betul sebelum membeli ubat.

Beliau berkata pengguna juga harus memastikan bahawa ubat yang dibeli itu didaftarkan kerana komplikasi mungkin berlaku jika menggunakan ubat yang tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.

"Rakyat Malaysia selalu menjadi mangsa syarikat-syarikat yang membuat dakwaan palsu kerana kita mudah percaya dan membuat andaian bahawa setiap produk itu telah diluluskan oleh kerajaan.

"Kita harus mengubah minda dan mengamalkan tabiat memeriksa setiap produk dan bahan-bahannya," kata Dr Tharmaseelan.

Kerajaan menyediakan perkhidmatan dalam talian untuk orang ramai menyemak status pendaftaran produk dengan melayari www.bpfk.gov.my atau menyemak produk yang dikenakan tindakan oleh kementerian menerusi www.pharmacy.gov.my. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan