Calon Ketua Menteri Sarawak Sokong Siapa Sahaja Yang Dipilih Taib

Diterbitkan: Ahad, 9 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abang Johari menjawab soalan pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas Bersama Parti Komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak di ibu pejabat parti itu di Kuching, Ahad. -fotoBERNAMA
Abang Johari menjawab soalan pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas Bersama Parti Komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak di ibu pejabat parti itu di Kuching, Ahad. -fotoBERNAMA

KUCHING: Dua daripada tiga calon yang disebut-sebut bakal dipilih oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menggantikan dan seterusnya menjadi ketua menteri yang baharu, berikrar akan menyokong sesiapa sahaja yang akhirnya dipilih untuk memegang jawatan tersebut.

Taib, menurut Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom, menegaskan bahawa tiga pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Timbalan Presiden Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Naib Presiden Kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Anggota Majlis Tertinggi Tan Sri Adenan Satem merupakan bakal penggantinya.

Abang Johari, ketika ditanya pemberita sama ada akan wujud masalah apabila hanya seorang daripada tiga calon berpotensi itu dipilih, berkata perkara itu tidak timbul memandangkan kuasa memilih diberikan sepenuhnya kepada Taib.

"Saya akan menyokong sesiapa saja yang dipilih oleh ketua menteri yang juga presiden PBB, itu adalah asas serta etika yang telah dipersetujui (berdasarkan keputusan dikeluarkan semalam)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat tertutup antara Taib dan pemimpin empat parti komponen serta anggota Dewan Tertinggi BN Sarawak di ibu pejabat PBB di sini Ahad.

Pada Sabtu Majlis Kerja Tertinggi PBB dan kaukus parti itu bersetuju memberi mandat serta menyokong penuh untuk Taib memilih serta menamakan penggantinya sebelum beliau berundur.

Sementara itu, Awang Tengah berkata beliau masih terkejut apabila disebut sebagai antara tiga calon bakal menggantikan Taib.

"Tetapi di sini saya ingin tegaskan akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh Taib.

"Paling penting yang dipilih itu akan meneruskan 'all the good things' melalui asas kuat yang telah disemai oleh ketua menteri. Selain itu kerjasama kuat antara yang dipilih bersama pemimpin-pemimpin lain juga perlu diteruskan," katanya.

Adenan pula gagal ditemui pemberita selepas mesyuarat itu.

Di IPOH, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yang mengulas perkembangan di Sarawak itu, berkata kepimpinan perlu mempunyai proses 're-generation' sejajar dengan perubahan dunia supaya dapat menyesuaikan diri dengan landskap persekitaran baharu terutama dalam aspek politik.

"Zaman selepas negara mencapai kemerdekaan para pemimpin dilihat mempunyai banyak kuasa namun dalam dunia sekarang rakyat mempunyai suara yang besar...saya percaya keputusan Taib itu satu keputusan yang baik, beliau telah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya," katanya kepada pemberita ketika sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Tambun di Chemor di sini Ahad.

Beliau berkata negara amnya dan Sarawak khususnya memerlukan kepimpinan baharu dengan pemikiran yang baharu dan tidak boleh bergantung dengan cara lama untuk memajukan negara.

"Bagi pembangunan ekonomi Sarawak pula, negara telah mempunyai asas ekonomi yang mantap, jadi saya berharap pemimpin baharu akan lebih kreatif terhadap inisiatif untuk meletakkan ekonomi Sarawak ke tahap lebih tinggi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan