Azmin Tak Faham Undang-Undang - Khalid

Diterbitkan: Ahad, 9 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menerima tamparan hebat daripada Tan Sri Khalid Ibrahim yang menegaskan bahawa beliau tidak akan meminta maaf atau menarik balik surat pemecatan 22 kakitangan kontrak PKNS Holdings Bhd.

Bercakap kepada pemberita pada majlis Tahun Baru Cina di Cheras di sini, Menteri Besar berkata Azmin "tidak faham undang-undang" kerana pemberhentian itu dilakukan mengikut prosedur.

"Saya tidak boleh menarik balik (surat-surat pemecatan). Ini bermakna dia tidak memahami undang-undang. Kita tidak boleh mengabaikan kepentingan rakyat Selangor dan PKNS hanya untuk memuaskan hati beberapa orang tertentu," katanya.

Khalid berkata sudah menjadi perkara biasa bagi syarikat untuk memecat kakitangan kontrak dan perkara ini tidak boleh dihadapi dengan terlalu emosi.

"Mereka telah ditamatkan melalui saluran yang betul dan mengikut prosedur. Jika mereka merasakan ia tidak adil, mereka boleh membawa perkara ini ke mahkamah perindustrian," kata Khalid.

Pada Jumaat, Azmin menyifatkan perintah pemecatan sebagai "melanggar undang-undang pekerjaan dan sangat tidak berperikemanusiaan".

Beliau menggesa Khalid berhenti menggunakan PKNS sebagai senjata peribadi terhadap pesaing politiknya.

Khalid menafikan berbuat demikian, dan berkata beliau hanya menjalankan tugas sebagai Menteri Besar demi kepentingan rakyat.

"Apabila saya mengangkat sumpah (sebagai MB) di hadapan Sultan Selangor, baginda telah meminta saya untuk menjalankan tugas saya dengan jujur dan tanggungjawab.

"Saya tidak menjalankan tugas saya dengan memihak kepada rakan-rakan saya, saya menjalankan tugas saya berdasarkan tanggungjawab," kata beliau sambil menegaskan tidak pernah mendiskriminasi sesiapa, termasuk Azmin.

"Azmin di negeri ini (kerajaan) untuk sekian lama dan beliau adalah kawan saya. Tetapi jika ada perkara yang perlu diperbaiki, kita perlu memperbaikinya," katanya.

Pada Selasa, 22 kakitangan PKNS Holdings Bhd, termasuk kakitangan kanan, dipecat dengan serta-merta, tanpa sebab.

Mereka diberi gaji dua bulan sebagai pampasan.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan