Tiada Kenaikan Tol Demi Kepentingan Rakyat - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 8 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat berkata, segala keputusan kerajaan, setiap perancangan dan pelaksanaannya termasuk menahan kenaikan tol tahun ini, adalah atas dasar mengambil kira kepentingan rakyat.

Timbalan perdana menteri berkata, penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat, contohnya, bukan bermatlamatkan kepentingan politik, tetapi untuk meringankan bebanan rakyat.

"Saya fikir tak ada negara di dunia bila rakyat menghadapi masalah, kerajaan tubuh jawatankuasa (seperti yang saya sendiri pimpin). (Ini semua) sebab kita ambil berat terhadap rakyat.

"Bila kita kaji apakah perkara-perkara yang kita boleh buat untuk meringankan beban, itu yang kita ambil langkah. Mungkin ada langkah-langkah yang lain seterusnya," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan pengedar dan pembekal bagi membincangkan isu-isu berkaitan kos sara hidup di sini.

Oleh itu Muhyiddin meminta rakyat supaya tidak terpedaya dengan tipu helah dan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pembangkang hanya untuk menang pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang 23 Mac depan seperti kononnya keputusan kerajaan tidak menaikkan kadar tol disebabkan PRK itu.

"Ini bukan soal pengundi di Kajang sahaja tetapi seluruh Malaysia. Saya dengar mereka kata inilah kejayaan Pakatan Rakyat yang pertama sekali, bila saya umumkan tol tidak naik. Bukan soal itu.

"Semua diputarbelitkan. Tetapi rakyat faham. Ini bukan pasal PRK, kalau tak ada PRK (pilihan raya kecil) pun, kita dah buat keputusan macam-macam," kata Muhyiddin.

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng turut mendakwa tindakan kerajaan membekukan kenaikan tol, sebagai taktik oportunis dan sebagai usaha untuk memenangi hati pengundi pada PRK Kajang nanti.

Timbalan perdana menteri berkata, pembangkang sentiasa memutar belitkan rakyat dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas sebegini demi kepentingan politik semata-mata. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan