PKR Perlekeh Kepercayaan Pengundi Kajang - Saravanan

Diterbitkan: Sabtu, 8 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tanpa sebab munasabah, jelas memperlekeh kepercayaan pengundi-pengundi di kawasan itu, kata Naib Presiden MIC Datuk M.Saravanan.

Beliau berkata pengundi Kajang perlu menyampaikan mesej jelas kepada PKR pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu pada 23 Mac ini bahawa mandat dan kepercayaan mereka tidak harus diperkotak-katik dengan sewenang-wenangnya.

"Pada pilihan raya umum ke-13, pengundi-pengundi Kajang beri undi bukan kepada calon tetapi peluang kepada PKR. Tetapi sekarang ia mengabaikan pengundi apabila wakil rakyat parti itu meletak jawatan tanpa sebab munasabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Keempat Pertubuhan Tamil Kapagam Malaysia pada Sabtu.

Kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang kosong selepas wakil rakyatnya, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan pada 27 Jan lepas. Pakatan pembangkang kemudian menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka bagi PRK itu.

Saravanan yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata MIC sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRK kecil itu.

Terdahulu, Saravanan yang juga pengasas Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM) berkata program NAAM yang memberi fokus kepada pembangunan ekonomi golongan belia India turut mendapat sambutan kaum lain. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan