Pengganti Taib Diketahui Dalam Masa Dua Hari

Diterbitkan: Sabtu, 8 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Reaksi Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB di ibu pejabat parti di Petra Jaya, Sabtu. Mesyuarat itu dihadiri semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Anggota Parlimen daripada PBB. -fotoBERNAMA

KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah diberi mandat oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk menamakan sendiri penggantinya selepas mengumumkan peletakan jawatan, Sabtu.

Taib berkata beliau akan membuat pengumuman "dalam masa dua hari" selepas lima jam mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB di ibu pejabat parti di Petra Jaya, di sini.

Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata parti itu telah meluluskan satu resolusi dalam mesyuarat bagi memberi mandat kepada Taib untuk menamakan seorang pengganti Ketua Menteri pilihannya.

Taib sebelum itu menyerahkan pada MKT parti serta kaukus khas bagi menentukan pengganti.

"Sesiapa yang dinamakan oleh (Taib) akan menerima sokongan sebulat suara daripada parti," katanya.

Ketika ditanya sama ada ini bermakna Taib akan meletak sebelum akhir penggal semasa pada 2016, Asfia berkata beliau tidak menolak kemungkinan itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan