Penemuan Baharu Spesies Flora Dan Fauna Di Gunung Kanthan

Diterbitkan: Sabtu, 8 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bunga ungu jenis herba kecil (Gymnostachyum nov), yang ditemui oleh FRIM dalam kajian di Zon C dan D, Gunung Kanthan di Ipoh baru-baru ini.
Bunga ungu jenis herba kecil (Gymnostachyum nov), yang ditemui oleh FRIM dalam kajian di Zon C dan D, Gunung Kanthan di Ipoh baru-baru ini.

PETALING JAYA: Ahli botani telah menemui dua spesies baharu tumbuhan dan spesis cicak (gecko) baharu di kawasan hutan batu kapur di Gunung Kanthan, yang dibimbangi terganggu oleh aktiviti kuari pada masa akan datang.

Ahli taksonomi tumbuhan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Dr Ruth Kiew berkata penemuan baharu itu adalah satu lagi bukti bahawa kawasan tersebut, yang dikenali sebagai Zon C Gunung Kanthan, dekat Ipoh, Perak, mempunyai nilai pemuliharaan kritikal.

Ruth berkata mereka telah menemui tumbuhan herba kecil dengan bunga ungu (Gymnostachyum nov) dari keluarga Acanthaceae dan pokok (Vatica nov) dari keluarga Dipterocarpaceae.

"Selain kedua-dua spesies baharu itu, Zon C juga dikatakan menjadi habitat untuk sembilan spesies yang dalam termasuk dalam Malaysia’s Red List of Endangered Plants' (Senarai Merah Tumbuhan Terancam Malaysia). Ia berada dalam bahaya kepupusan," katanya kepada The Star.

Ruth berkata penemuan itu dibuat dalam beberapa kajian tumbuhan pada tahun lepas di Zon C dan D di bahagian selatan Gunung Kanthan untuk menyusun rekod semua spesies tumbuhan di sana secara lengkap.

Ahli botani juga mengesyaki bahawa spesies Paraboea vulpina dari keluarga African Violet yang mengalami ancaman kritikal telah pupus di Gunung Kanthan kerana aktiviti kuari di bahagian utara gunung.

Tumbuhan itu direkodkan di sana oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia dalam kajian pada 1991 dan dengan kepupusan di Kanthan, hanya dua tapak populasi di bukit batu kapur lain yang lain kekal.

Herpetologist Amerika Dr Lee Grismer yang mengetuai sekumpulan ahli biologi tempatan dan asing dalam beberapa tinjauan kawasan itu Julai lalu juga telah menemui spesis cicak baharu di sana.

Dinamakan sebagai 'Gua Kanthan bent-toed gecko' (Cyrtodactylus guakanthanensis), ia yang tergolong dalam spesies cicak dengan 7cm panjang dan jalur gelap pada badan serta berlindung di dalam celah dinding batu kapur.

Lee berkata spesies itu kelihatan terhad di gunung itu sahaja, kerana ia tidak dilihat di gua gunung batu kapur yang berdekatan.

Ini menjadikan ia spesies fauna endemik kedua di kawasan itu di samping labah-labah Liphistius Kanthan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan