Nalla Buat Laporan Polis, Dakwa Ada Pihak Cuba Halangnya Bertanding Di Kajang

Diterbitkan: Sabtu, 8 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Senator Datuk S. Nallakarupan membuat laporan polis mendakwa ada pihak cuba mengganggu dan menghalang beliau daripada bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) itu, yang diiringi tujuh penyokong, membuat laporan di Balai Polis Daerah Sentul pada 3 petang. Nallakarupan memaklumkan pemberita laporan itu bagi membolehkan polis menyiasat gangguan terhadapnya yang didakwa bertujuan menghalang hasrat beliau untuk bertanding seperti diumumkan kepada media Selasa lepas.

PRK itu diadakan setelah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletak jawatan pada 27 Jan lepas.

Selain Nallakarupan, yang juga Anggota Dewan Negara, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut kerusi DUN Kajang pada 23 Mac ini.

Nallakarupan pernah mendakwa pemimpin pembangkang itu tidak layak menjadi pemimpin atas alasan masalah moral.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan