MB Selangor Tidak Akan Tarik Balik Surat Penamaan Pekerja Kontrak PKNS

Diterbitkan: Sabtu, 8 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau tidak akan menarik balik surat penamatan kontrak 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) walaupun menerima kecaman Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Abdul Khalid berkata keputusan penamatan kontrak itu dibuat mengikut prosedur dan melalui saluran yang betul.

"Kita amalkan ketelusan serta kebertanggungjawaban dan setiap keputusan dibuat berasaskan penyelidikan. Sebagai pengerusi PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor), saya hanya diberikan cadangan dan jika saya setuju (dengan cadangan) saya akan minta pelaksanaan.

"Saya juga telah minta SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) untuk pantau pelaksanaan penamatan kontrak dan ia dibuat dengan begitu tertib supaya tiada orang yang tidak dapat keadilan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan watikah Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Negeri Selangor 2014-2015 pada Sabtu.

Azmin dalam satu kenyataan semalam secara terbuka mengecam tindakan penamatan kontrak itu dengan mendakwa Abdul Khalid menggunakan PKNS sebagai senjata untuk menentang musuh-musuh politiknya.

Azmin turut mendakwa penamatan kontrak kakitangan PHSB terbabit secara serta-merta di bawah arahan Abdul Khalid bukan sahaja melanggar undang-undang pekerjaan malah amat tidak berperikemanusiaan.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata sebagai menteri besar, beliau harus bersifat telus dan telah berjanji untuk menjaga kepentingan Selangor serta rakyatnya.

Menteri besar itu berkata beliau juga tidak teragak-agak untuk menunjukkan kepada rakyat Selangor bahawa beliau membuat keputusan demi kebaikan mereka.

Ditanya mengapa Azmin mengeluarkan kenyataan seperti itu, Abdul Khalid berkata beliau tidak boleh memikirkan tentang kenyataan orang lain kerana apa yang lebih penting ialah sama ada tindakan tersebut dibuat untuk kebajikan rakyat Selangor.

"Perkara ini (penamatan kontrak) ialah di bawah enakmen dan ia tiada kena mengena dengannya (dakwaan Azmin). Kalau PKNS ingin lakukan satu kerjaya yang berterusan, PKNS mesti ikut lunas corporate governance (tadbir urus korporat), integriti dan kebertanggungjawaban," katanya.

Selasa lepas, PHSB dilapor menamatkan perkhidmatan 22 kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa sehari sebelum itu.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan