Kerajaan Beri Layanan Sama Rata Kepada Semua Kaum - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 8 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman bergambar bersama Orang Asli pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli Kampung Tambak Dapor, Pagoh di Muar, Sabtu. Turut kelihatan Anggota Dewan Undangan Negeri Jorak Datuk Dr Shahruddin Md Salleh. -fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman bergambar bersama Orang Asli pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli Kampung Tambak Dapor, Pagoh di Muar, Sabtu. Turut kelihatan Anggota Dewan Undangan Negeri Jorak Datuk Dr Shahruddin Md Salleh. -fotoBERNAMA

MUAR: Kerajaan mengamalkan dasar memberi layanan yang sama rata terhadap semua kaum atau kumpulan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga anggota Parlimen Pagoh berkata, masyarakat Orang Asli dan juga masyarakat pribumi lain di Sabah dan Sarawak turut menerima layanan dan bantuan daripada kerajaan tanpa sebarang diskriminasi.

"Tidak ada diskriminasi daripada segi layanan kita (kerajaan) terhadap mana-mana masyarakat atau kaum di negara ini termasuk Orang Asli. Tidak ada perbezaan daripada segi layanan kita.

"Dasar kerajaan adalah adil dan saksama terhadap semua," katanya pada majlis ramah mesra dengan masyarakat Orang Asli di Kampung Tambak Dapur di Pagoh Sabtu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, di antara soal yang paling dititikberatkan bagi pembangunan Orang Asli adalah pendidikan dan meminta ibu bapa masyarakat terbabit supaya tidak mengabaikan soal pendidikan anak-anak mereka.

Kerajaan, kata Muhyiddin, menyediakan pelbagai bantuan kepada masyarakat Orang Asli bagi membolehkan anak-anak mereka berjaya di dalam bidang pelajaran.

Di majlis yang sama juga, beliau mengumumkan peruntukan RM100,000 bagi membina taman permainan serta pelbagai kemudahan bagi rekreasi penduduk masyarakat Orang Asli di Kampung Tambak Dapur.

Selain itu, katanya, kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah turut memperuntukkan RM500,000 bagi memperbaiki sistem bekalan air ke kampung itu.

Menurut Muhyiddin, kerajaan sentiasa berusaha untuk mempertingkat kemudahan kesihatan masyarakat Orang Asli seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan