Kerajaan Akan Terus Perkasa Penguasaan Bahasa Inggeris - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 8 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Kerajaan tidak akan meminggirkan penguasaan Bahasa Inggeris dan akan terus berusaha memperkasakan penguasaannya di kalangan murid-murid, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Sabtu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan berkata, walaupun ia hanya bahasa kedua tetapi ibu bapa di negara ini tetap mahukan anak-anak mereka meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris.

"Penguasaan Bahasa Inggeris itu amat penting jika kita mahu bersaing di peringkat global dan menerusi pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Nasional, kita sedang berusaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra warga pendidik Parlimen Pagoh di Kompleks Pekembar di Pagoh, yang turut dihadiri timbalan ketua pengarah pelajaran Sufaat Tumin.

Menurut Muhyiddin, Kementerian Pendidikan juga akan meningkatkan kemahiran guru Bahasa Inggeris dengan menghantar lebih ramai daripada mereka untuk menjalani kursus-kursus kemahiran dan pengajaran bahasa itu.

Tahun lepas, 5,000 guru Bahasa Inggeris menjalani kursus peningkatan kemahiran Bahasa Inggeris dan bilangan itu akan dipertingkatkan lagi pada tahun ini, kata Muhyiddin.

"Pada tahun ini pihak kementerian mensasarkan kira-kira 20,000 guru Bahasa Inggeris dihantar ke kursus-kursus meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris," kata beliau.

Menurut Muhyiddin, dalam lawatannya ke United Kingdom baru-baru ini beliau menemui pakar-pakar Bahasa Inggeris daripada Universiti Cambridge yang memuji tahap Pengajaran dan Pembelajaran bahasa itu di sekolah-sekolah negara ini oleh guru-guru tempatan.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Universiti Cambridge itu, pakar terbabit menyatakan 37 peratus daripada guru Bahasa Inggeris tempatan memiliki tahap penguasaan kemahiran yang tinggi menyamai tahap yang dimiliki rakan-rakan mereka di United Kingdom di mana Bahasa Inggeris merupakan bahasa ibunda, katanya.

Hasil kajian Universiti Cambridge itu akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan pada Mac ini, kata Muhyiddin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan