Kementerian Cadang Pantai Batu Feringgi Ditutup Sementara

Diterbitkan: Sabtu, 8 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pencemaran... Beginilah keadaan air laut di persisiran pantai Batu Ferringhi yang dicemari bakteria E-Coli (Escherichia coli) berhampiran muara Sungai Batu Feringgi di George Town. Orang ramai terutamanya pengunjung dinasihatkan agar mengelak daripada melakukan aktiviti mandi-manda di sekitar kawasan pantai berhampiran sungai tersebut bagi mengelak daripada dijangkiti bakteria berkenaan. -fotoBERNAMA
Pencemaran... Beginilah keadaan air laut di persisiran pantai Batu Ferringhi yang dicemari bakteria E-Coli (Escherichia coli) berhampiran muara Sungai Batu Feringgi di George Town. Orang ramai terutamanya pengunjung dinasihatkan agar mengelak daripada melakukan aktiviti mandi-manda di sekitar kawasan pantai berhampiran sungai tersebut bagi mengelak daripada dijangkiti bakteria berkenaan. -fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan mencadangkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang supaya menutup sementara kepada orang ramai kawasan pantai Batu Ferringhi yang airnya dikhuatiri tercemar dengan elemen bakteria e-coli (Escherichia coli).

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pihaknya bimbang orang ramai yang mandi-manda di situ dijangkiti bakteria berkenaan yang boleh menyebabkan jangkitan seperti ciri-birit.

"Memang setakat ini kita belum terima sebarang laporan ada pengunjung atau orang ramai yang pergi kawasan Pantai Batu Ferringhi dijangkiti e-coli, tetapi Kementerian Kesihatan memandang serius perkara ini.

"Jadi kementerian berharap kerajaan negeri dapat tutup sementara (kawasan yang tercemar) bagi mengelak ada yang dijangkiti bakteria berkenaan dan pasukan kesihatan juga akan bersiap sedia bagi menghadapi segala kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Semarak Kasih Cinta Masjid di Masjid Kampung Rawa di sini Sabtu.

Isu pencemaran sebahagian air laut di pantai berkenaan serta beberapa sungai berdekatan yang dilaporkan media sejak Isnin lepas mendapat perhatian umum memandangkan pantai berkenaan popular sebagai destinasi pelancongan.

Maklumat awal yang diperoleh Jabatan Aalam Sekitar mendapati terdapat elemen e-coli dalam sampel air yang diambil dari Sungai Batu Feringhi.

Dr Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata peniaga makanan di Batu Ferringhi juga dinasihat supaya menjaga kebersihan barangan jualan mereka agar tidak terdedah kepada e-coli.

"Kerajaan negeri juga perlu ambil tindakan segera untuk atasi pencemaran itu kerana ia beri imej dan kesan buruk kepada sektor pelancong negeri ini. Saya risau pelancong pilih pantai lain untuk mereka bercuti berbanding Batu Ferringi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan