Video Teresa Kok Malukan Masyarakat Cina - Teoh

Diterbitkan: Jumaat, 7 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jason Teoh.
Jason Teoh.

JOHOR BAHRU: Klip video yang dihasilkan anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menyentuh isu dan menyindir pemimpin negara baru-baru ini adalah sesuatu yang memalukan masyarakat Cina, kata Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Jason Teoh.

Beliau berkata, tindak tanduk yang tidak sihat dan negatif seperti ini tidak seharusnya dilakukan terutama semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

"Ya, saya akui sebagai orang Cina saya malu dengan tindakan Teresa Kok itu, langsung tidak menghormati perasaan rakyat negara ini," katanya pada sidang akhbar di Kelab Akhbar Cina Johor Selatan di sini, Jumaat.

Beliau berkata, sebagai anggota parlimen, Kok seharusnya berbuat sesuatu yang positif yang boleh diteladani masyarakat.

Video bertajuk 'Onederful Malaysia' sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu dimuat naik ke dalam Youtube yang menunjukkan Kok menemu ramah tiga tetamu yang menyindir pelbagai perkara termasuk isu keselamatan di Sabah dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 di negeri itu.

Teoh berkata, kenyataan mereka dalam video itu jelas bertujuan menggagalkan promosi TMM 2014.

Katanya, kebijaksanaan Kok sepatutnya digunakan untuk menghasilkan sesuatu yang mampu mengeratkan hubungan sesama kaum di negara ini seperti yang dilakukan oleh SP Setia Berhad Group menerusi video clip Tahun Baharu Cina syarikat itu.

Sebelum itu, beliau berkata empat individu dan dua badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat Cina di Johor telah membuat laporan polis mengenai klip video Kok itu.

Seorang daripada mereka ialah pengusaha industri pelancongan dari Kota Tinggi, Liew Kim Fook, 48.

Liew yang membawa pelawat dari Jepun, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan dan Singapura untuk menyaksikan kunang-kunang di daerah itu menyifatkan klip video berkenaan sebagai khianat terhadap rakyat kerana memperlekeh tahap keselamatan negara dan boleh menjejaskan pendapatan pengusaha industri pelancongan negara ini.

Mereka mahu Kok membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat negara ini berhubung tindakannya itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan