Usaha Membanteras Denggi Tergendala

Diterbitkan: Jumaat, 7 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

'Bannner' yang digantung menyatakan dengan jelas bahawa denggi boleh membunuh. Tetapi mesej tersebut seolah-olah tenggelam apabila orang ramai mengambil sikap tidak peduli dengan terus membiarkan tempat mereka menjadi kawasan pembiakan nyamuk selain enggan memberi kerjasama kepada pegawai-pegawai untuk menjalankan kerja-kerja penghapusan tempat pembiakan nyamuk aedes.
'Bannner' yang digantung menyatakan dengan jelas bahawa denggi boleh membunuh. Tetapi mesej tersebut seolah-olah tenggelam apabila orang ramai mengambil sikap tidak peduli dengan terus membiarkan tempat mereka menjadi kawasan pembiakan nyamuk selain enggan memberi kerjasama kepada pegawai-pegawai untuk menjalankan kerja-kerja penghapusan tempat pembiakan nyamuk aedes.

PETALING JAYA: Usaha membanteras denggi seperti terhalang apabila ia seolah-olah tidak mendapat sokongan orang ramai.

Majlis tempatan di beberapa negeri berkata usaha mereka untuk menghapuskan nyamuk pembunuh itu dikecewakan dengan keengganan beberapa pihak untuk membenarkan kakitangan mereka masuk ke beberapa kawasan.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkata penyertaan masyarakat adalah penting untuk membendung denggi.

"Kita hanya ada kira-kira 20 kakitangan untuk memerangi denggi, termasuk melakukan kerja-kerja pencarian dan pemusnahan," kata seorang pegawai kanan.

MBPJ membelanjakan hampir RM200,000 setahun untuk mengupah kontraktor swasta bagi melakukan pengasapan, sebagai perkhidmatan kepada orang ramai.

Menurut angka MBPJ, 835 kes denggi disahkan dan dilaporkan sehingga 1 Februari tahun ini di Petaling Jaya.

Pada tahun 2012, bilangan kes yang disahkan ialah 819. Ia meningkat kepada 2,738 pada tahun lepas.

Bagi tapak pembinaan, pegawai berkenaan berkata kebanyakan pemaju memberikan kerjasama apabila notis dikeluarkan dan melaksanakan pembersihan dengan segera.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata orang ramai perlu bekerjasama dan membenarkan pegawai Majlis untuk menjalankan pemeriksaan di premis mereka.

Di GEORGE TOWN, hanya 37 daripada 190 kontraktor yang dijemput, hadir untuk sesi taklimat oleh kerajaan Pulau Pinang mengenai bagaimana untuk mencegah denggi dan pembiakan nyamuk.

Exco Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin berkata kontraktor dijemput untuk sesi taklimat pada 27 Januari.

Sambil menyatakan kekesalan terhadap sambutan yang suram, beliau berkata: "Kami mendapati beberapa tapak pembinaan telah bertukar menjadi tempat pembiakan nyamuk dan kawasan denggi sensitif."

Satu lagi surat akan dihantar kepada kontraktor untuk menekankan betapa seriusnya masalah denggi dan menggesa mereka untuk bekerjasama.

Timbalan Pengarah Kesihatan negeri Dr Noorlia Yahaya berkata jabatan itu akan meneruskan Ops Gempur Aedes dan mengeluarkan perintah henti kerja kepada mana-mana tapak pembinaan yang didapati menjadi tempat pembiakan nyamuk dan mengeluarkan notis kompaun kepada premis lain yang melakukan perkara yang sama.

Di JOHOR BAHRU, ramai pemaju dan syarikat-syarikat pembinaan didapati tidak tegas dalam membasmi tempat pembiakan nyamuk.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Ayub Rahmat berkata pihak berkuasa telah menjalankan pemeriksaan mengejut di tapak pembinaan, sekolah dan juga tempat-tempat ibadat antara lain untuk mengenalpasti tempat pembiakan berpotensi.

Syarikat-syarikat yang gagal mematuhi peraturan-peraturan anti- denggi akan dihantar notis serta-merta.

"Jika dalam pemeriksaan seterusnya kita mendapati masih terdapat tempat pembiakan nyamuk, mereka akan dikenakan denda maksimum RM500," katanya sambil menambah syarikat-syarikat juga boleh dikenakan tindakan mahkamah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan