TPM Puas Hati Kerjasama Pemborong, Pembekal dan Pengimport Kurangkan Harga

Diterbitkan: Jumaat, 7 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa puas hati dengan kerjasama sebilangan besar pemborong, pembekal dan pengimport barang dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat di negara ini pada Jumaat.

Timbalan perdana menteri berkata selain memastikan bekalan mencukupi, mereka komited dengan usaha kerajaan mengawal dan mengurangkan harga barang seperti ikan, sayur-sayuran dan ayam.

"Maklumat tadi daripada pengimport ikan dari luar negara ialah harganya jauh lebih rendah daripada harga ikan tempatan, malahan amat rendah dan bekalan juga berlebihan.

"Contohnya harga borong ikan tenggiri di pasar borong Selayang RM13 sekilo (hari ini) berbanding RM18 sekilo minggu lepas. Begitu juga ikan kembong RM8 sekilo berbanding RM14 sekilo pada minggu lepas.

"Pemborong juga kata harga sayur-sayuran secara umum jauh lebih rendah tahun ini berbanding tahun lalu. Ini satu berita baik," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil daripada persatuan pemborong, peruncit, pembekal, pertubuhan peladang dan nelayan, di sini.

Kira-kira 40 wakil peratuan menghadiri perjumpaan itu yang berlangsung lebih sejam, dan turut dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Muhyiddin menjelaskan bahawa bekalan ayam juga mencukupi dan harganya masih rendah berbanding negara-negara serantau, manakala kenaikan harga kambing dan lembu (import secara hidup) adalah disebabkan kenaikan harga di negara asal sebanyak 20 peratus berbanding tahun lalu.

"Tetapi yang agak menarik, saya dimaklumkan bahawa harga ayam yang dijual tempatan jauh lebih rendah daripada kota-kota lain atau negara lain di sekeliling termasuk Thailand," katanya.

Beliau berkata dengan kerjasama pihak pemborong, pembekal dan pengimport ini, harga runcit juga akan menurun dalam menjamin kepentingan dan kebajikan rakyat.

"Walaupun mereka tidak mewakili semua, tetapi daripada perbincangan tadi kita dapat lebih memahami situasi dari sudut sumber bekalan harga yang ditawarkan di peringkat pemborongan," katanya.

Menurut Muhyiddin terdapat juga cadangan penjualan terus daripada pemborong kepada orang ramai, iaitu sekali dalam seminggu di pasar-pasar borong.

"Ini cadangan saya fikir baik. Kita akan lebih teliti bagaimana ia boleh dilaksanakan untuk membolehkan faedah daripada harga borong itu dapat juga dinikmati oleh pengguna dan peruncit biasa," katanya.

Timbalan perdana menteri berkata kerajaan juga menggalakkan orang ramai supaya tidak was-was membeli bahan sejuk seperti ikan import yang harganya lebih rendah selain kualiti dan mutu dijamin.

Menurutnya kerajaan juga akan melancarkan program baharu untuk membolehkan tanah yang terbiar di kawasan bandar dan luar bandar diusahakan untuk tujuan pertanian. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan