PRK Kajang: Pengundi Beri Pelbagai Pandangan

Diterbitkan: Jumaat, 7 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Penduduk di Kajang memberikan pelbagai pandangan mengenai pilihan raya kecil (PRK) yang akan diadakan ekoran peletakan jawatan secara tiba-tiba oleh Ahli Dewan Undangan (Adun) PKR Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.

Walaupun kebanyakan mereka seolah-olah tidak berpuas hati kerana perlu mengundi sekali lagi, terdapat juga yang mengalu-alukan pilihan raya kecil itu yang menyaksikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi itu.

Pilihan raya akan diadakan pada 23 Mac manakala hari penamaan calon apada 11 Mac.

Seorang peniaga di bandar Kajang, yang mahu dikenali sebagai Jien percaya pilihan raya kecil itu adalah satu pembaziran.

Jien, yang mengundi Lee pada pilihan raya Mei 2013 berkata dia tidak kisah Anwar bertanding dan percaya ini semua sekadar satu permainan.

"Saya tidak kisah siapa yang bertanding. Saya tidak pasti sejauh mana kehidupan saya akan berubah jika Anwar menang. Berapa banyak yang boleh dilakukannya? Saya pasti tetap akan mengundi kerana ia sudah menjadi hak saya," kata Jien.

Seorang lagi penduduk Kajang yang hanya mahu dikenali sebagai Wong tidak pasti jika dia akan mengundi kerana belum tahu mengenai jadualnya pada hari itu.

"Orang ramai telah mengundi untuk beliau (Lee), jadi saya tidak faham mengapa dia harus meletak jawatan," kata Wong.

Sementara itu terdapat penduduk Kajang yang lain mengalu-alukan hakikat bahawa Anwar akan bertanding.

Anwar berkata, beliau bertanding untuk kerusi itu untuk mengukuhkan politik negeri.

Khair Samingan, 47, tidak mempunyai isu dengan pilihan raya kecil itu.

Dia tidak tahu mengapa Lee meletak jawatan tetapi menegaskan bahawa beliau mahu pemimpin yang boleh menyelesaikan masalah-masalah harian orang Kajang.

"Tidak kira mereka datang darip parti mana asalkan mereka boleh melihat masalah kita dan memastikan tindakan diambil," kata Khair.

Seorang pemandu teksi, yang hanya mahu dikenali sebagai Roy hairan mengapa Lee meletak jawatan tetapi selesa dengan kenyataan bahawa Anwar akan bertanding.

"Saya telah mengundi Lee dalam pilihan raya tetapi sekurang-kurangnya kita akan mempunyai nama besar di sini," katanya sambil menambah kenaikan harga masih menjadi masalah orang ramai.

K. Nathan, 50, percaya Anwar boleh menyumbang sesuatu untuk Selangor kerana beliau seorang bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

"Sebab saya mengundi PKR ialah kerana Anwar. Saya fikir dia akan dapat membuat beberapa perubahan di Kajang," katanya.

Terdapat 39,278 pengundi berdaftar di kawasan ini, dengan 1,197 adalah pengundi awal dan 26 pengundi di luar negara.

Kawasan ini terdiri daripada 48.5 peratus Melayu (19,050 pengundi), 40.28 peratus Cina (15,823 pengundi), 10.29 peratus India (4,040 pengundi), 0.52 peratus lain-lain (203 pengundi), 0.2 peratus Sabah bumiputra (78 pengundi) , 0.19 peratus bumiputera Sarawak (74 pengundi) dan 0.03 peratus Orang Asli (10 pengundi).

Peletakan jawatan Lee dipercayai berkaitan dengan spekulasi bahawa Anwar sedang berkira-kira menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor .

Pada pilihan raya Mei tahun lepas, Lee memperoleh sejumlah 19,571 undi, menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertarungan enam penjuru menentang calon Barisan Nasional, Berjasa dan tiga calon Bebas.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan