Pemuda Umno Muar Syor Wakil Rakyat Letak Jawatan Bayar Kos PRK

Diterbitkan: Jumaat, 7 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Pergerakan Pemuda Umno bahagian Muar pada Jumaat mengesyorkan supaya mereka yang meletak jawatan sebagai wakil rakyat tanpa alasan kukuh diwajibkan membayar kos untuk mengadakan pilihan raya kecil.

Ketuanya, Salehudin Satar berpendapat langkah itu amat wajar bagi membendung seseorang wakil rakyat meletak jawatan sesuka hati sama ada untuk memberi laluan kepada orang lain atau kemungkinan ditawar ganjaran oleh pihak tertentu.

"Kita tidak mahu lagi perbuatan bekas anggota Dewan Undangan Negeri Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan tanpa alasan munasabah pada 27 Januari lalu kerana mahu memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang pada masa depan.

"Ini kerana, kerajaan terpaksa membelanjakan RM1.6 juta bagi menjayakan pilihan raya kecil untuk mengisi kekosongan kerusi yang ditinggalkan oleh penyandang jawatan itu sebelum ini," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis pelancaran pasar masyarakat DUN Sungai Balang di Kompleks Pertanian Sungai Sudah, Sungai Balang di sini oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor Ismail Mohamad.

Salehudin berkata, selain membazirkan wang rakyat, pilihan raya itu menyebabkan pengundi kawasan itu juga terpaksa mengundi kali kedua dalam tempoh tidak sampai setahun selepas pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan