MB Selangor Patut Diputuskan Oleh MT Pakatan Rakyat - Pemuda PAS

Diterbitkan: Jumaat, 7 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Suhaizan Kayat.
Suhaizan Kayat.

KUALA LUMPUR: Perkara mengenai menteri besar Selangor patut dibincang dan diputuskan oleh Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat, sebelum sesiapa mahu membayangkan dirinya menteri besar, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.

Beliau berkata, tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan dirinya mungkin menjadi menteri besar Selangor jika menang Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac depan, dilihat sebagai suatu yang tidak wajar.

(Malah) Tindakan Anwar itu dilihat seperti tidak menghormati menteri besar sedia ada, kata Suhaizan.

"Cuba bayangkan ketika ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawat jawatan Menteri Besar Selangor dan tiba-tiba ada pihak mengaku akan menjadi menteri besar Selangor (menggantikan Abdul Khalid).

"Ia seakan tidak enak didengar, biarlah Abdul Khalid menjadi Menteri Besar dan tidak perlu ada orang cakap mahu menggantikannya sehingga perkara itu dibincang dan diputuskan secara bersama dalam Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Dalam laporan media pada Jumaat Anwar dipetik sebagai berkata beliau mungkin akan dilantik menteri besar Selangor menggantikan Abdul Khalid jika menang PRK kerusi DUN Kajang.

Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan secara mengejut Adun daripada PKR, Lee Chin Cheh pada 27 Januari sebelum Anwar diumumkan sebagai calon PRK kerusi DUN berkenaan sehari kemudian.

"Kita tunggu sahaja sehingga keputusan DUN Kajang nanti dan jika beliau (Anwar) menang, Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan bermesyuarat dan berbincang sebelum membuat sebarang keputusan," kata Suhaizan.

Beliau berkata, walaupun PAS sebelum ini berkeras menolak Anwar sebagai calon menteri besar Selangor menggantikan Abdul Khalid, namun parti itu terpaksa akan akur dengan sebarang keputusan yang diputuskan Majlis Tertinggi.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan Anwar itu.

Katanya, soal siapa menjadi menteri besar seharusnya tidak timbul kerana tumpuan sebenar ketika ini adalah untuk Pakatan Rakyat memenangani PRK DUN Kajang.

"PAS tidak mahu fikir siapa jadi menteri besar dan perkara itu biarlah diputuskan secara bersama dalam Pakatan Rakyat kerana tumpuan kita adalah PRK DUN Kajang," kata Tuan Ibrahim.

Sementara itu di KAJANG, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong berkata Anwar patut memberitahu pengundi PRK jika benar beliau akan menjadi menteri besar Selangor sebelum hari pengundian.

"Warga Kajang berhak untuk mengetahui perkara sebenar. Walaupun sudah beberapa kali Anwar memberi bayangan jawatan menteri besar untuknya...tetapi tidak pernah menyatakan secara berterus-terang.

"Rakyat Kajang juga perlu tahu sama ada Anwar wajar dipilih menjadi wakil rakyat yang bersedia untuk berkhidmat dan bukan untuk percaturan politik sendiri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan 'angpau' dan buah limau di Rumah Kebajikan Orang Tua Caring di Kajang.

Mah berkata, politik sebegini semata-mata atas kepentingan diri dan terus memperbodohkan rakyat.

"Tindakan wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi DUN Kajang pun telah bukan sahaja membebankan rakyat, tetapi juga membelot kepercayaan rakyat yang mengundinya dengan harapan untuk melihat pembangunan dalam jangka masa lima tahun," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan