Klip Video: MCA Mahu Teresa Kok Mohon Maaf

Diterbitkan: Jumaat, 7 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: MCA menuntut supaya Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok meminta maaf secara terbuka berhubung penerbitan klip video kontroversi 'Onederful Malaysia beliau yang dikatakan menimbulkan sentimen perkauman dan telah mencemarkan erti sebenar perayaan Tahun Baru Cina yang penuh bermakna.

Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Jason Teoh berkata klip video 11 minit itu adalah tidak selaras dengan aspirasi pembangunan negara Malaysia kerana ia mempunyai unsur-unsur fitnah dan hasutan.

"Beliau harus meminta maaf kepada negara dan kepada masyarakat Cina kerana video itu menunjukkan imej negatif negara dan kaum Cina," katanya pada sidang media yang diadakan di sini, Jumaat.

Jason berkata, sebagai seorang berbangsa Cina, beliau malu dengan video itu kerana kaum lain mungkin akan membayangkan imej yang salah mengenai masyarakat Cina.

Dalam klip video itu, Teresa memegang watak sebagai hos bersama tiga 'ahli panel' yang bercakap mengenai Feng Shui dengan mempermainkan pelbagai isu negara, termasuk sistem pendidikan, kos sara hidup yang meningkat, keselamatan awam dan pencerobohan di Sabah pada Februari tahun lepas.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan