Buku Teks Digital Dilancar, Bawa Sistem Pendidikan Ke Tahap Lebih Tinggi

Diterbitkan: Jumaat, 7 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan pada Jumaat memperkenalkan buku teks versi digital yang boleh diakses secara dalam talian sebagai alternatif kepada buku teks bercetak.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata penggunaan buku teks digital itu yang mengandungi teks, grafik serta ciri flip (selak helaian) akan dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah di seluruh negara mulai tahun ini.

"Ini adalah proses pembangunan dan peningkatan sistem pendidikan bagi pastikan kita mencapai tahap yang baik dalam dunia. Kita merupakan antara satu per empat negara yang terawal di dunia yang melaksanakan perkara ini.

"Kita memberi penekanan kepada pembelajaran kendiri di mana pelajar boleh merujuk buku teks digital ini pada bila-bila masa dan di mana-mana mengikut tahap kemampuan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku teks digital di sini, Jumaat.

Beliau berkata dalam gelombang pertama (2013-2015), kementerian telah memuat naik 313 judul buku teks yang boleh diakses secara percuma melalui portal 1BestariNet menggunakan ID yang telah dibekalkan kepada semua guru dan murid.

Bagaimanapun, kata Idris, penggunaan buku teks bercetak masih dikekalkan buat masa ini.

Pendigitalan buku teks dilakukan dalam tiga gelombang seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula tahun 2013 hingga 2025.

Bagi gelombang kedua (2016-2020), kementerian merancang untuk menghasilkan buku teks dalam bentuk interaktif bagi mata pelajaran terpilih, yang mengandungi elemen teks, grafik, audio, video dan animasi untuk membantu pemahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

Gelombang ketiga (2021-2025) pula bakal menyaksikan penerbitan buku teks digital bagi semua mata pelajaran termasuk bagi murid berkeperluan khas.

Idris berkata para pelajar juga dibenarkan membawa peranti masing-masing (tablet, iPad) ke sekolah bagi tujuan mengakses buku teks digital untuk menggantikan buku teks bercetak.

Ditanya tentang dakwaan laporan polis yang dibuat dua anggota Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan bahawa terdapat tinjauan seks dijalankan di sebuah sekolah rendah di Nilai, Idris berkata beliau telah maklum mengenai perkara itu tetapi masih menunggu maklumat lanjut sebelum boleh mengulas.

Terdahulu dalam ucapannya, Idris berkata kementerian tidak berhasrat menghentikan PPPM seperti yang diminta sesetengah pihak.

"Berilah masa. Baru lima bulan pelan ini dilancarkan, sudah tentu akan ada sedikit masalah di peringkat pelaksanaan. Tetapi kita mahu melihat kualiti pendidikan kita di tahap terbaik.

"Saya percaya dengan adanya komitmen daripada semua pihak, kita boleh mencapai objektif yang digariskan dalam pelan tersebut," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan