Angkasawan Negara Kedua Dijangka Ke ISS Pada 2017 Atau 2018 - Ewon

Diterbitkan: Jumaat, 7 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menghantar angkasawan keduanya ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2017 atau 2018, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu bergantung kepada keadaan semasa ekonomi negara.

"Bagi Program Angkasawan Kedua ini kita telah mempunyai seorang calon sedia ada yang hanya menunggu masa sahaja. Tapi ini masih terbuka kepada calon-calon lain yang berminat menjadi angkasawan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program 'Malaysian Space Odyssey: 20 Years With National Planetarium' sempena sambutan ulang tahun ke-20 penubuhan Planetarium Negara di sini Jumaat.

Malaysia buat julung kalinya menghantar angkasawan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke ISS dengan roket Soyuz TMA-11 pada 10 Okt 2007, hasil kerjasama dengan Rusia dan beliau menjalankan pelbagai penyelidikan antaranya melibatkan sel kanser dan leukemia di stesen angkasa itu.

Ewon berkata kerajaan kini juga sedang merangka pembinaan satelit 'remote sensing' bagi memantau permukaan bumi iaitu RazakSAT-2.

"Program ini masih dalam peringkat perbincangan dan kita masih memilih teknologi yang kita fikir sesuai kerana kita tak mahu terburu-buru untuk melancarkannya sebelum semua perkara berkaitan dapat kita pastikan," katanya.

RazakSAT-2 adalah kesinambungan Program Satelit RazakSAT yang dilancarkan pada 14 Julai 2009 di Kwajalein Atoll, Republik Marshall Islands menerusi kenderaan pelancar, Falcon 1 yang dikendalikan Space Exploration Technologies Amerika (SpaceX). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan