Wakil Rakyat Patut Amanah Kepada Pengundi - Abdullah

Diterbitkan: Khamis, 6 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdullah Ahmad Badawi.
Abdullah Ahmad Badawi.

KEPALA BATAS: Anggota Dewan Undangan Negeri yang dipilih rakyat sepatutnya lebih amanah kepada penduduk di kawasan yang menaruh kepercayaan memilihnya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Beliau sepatutnya laksanakan apa jua tugasnya dan bukan lakukan seperti sekarang (Lee Chin Cheh daripada PKR yang meletak jawatan di Kajang) dan beri laluan kepada pemimpin lain.

"Ini adalah permainan politik PKR semata-mata," katanya mengulas pilihan raya kecil yang perlu diadakan di kawasan DUN Kajang, Selangor berikutan peletakan jawatan secara mengejut Lee yang menyebabkan kerusi itu kosong.

Jelas, katanya, tindakan PKR itu semata-mata adalah permainan politik demi kepentingan pemimpinnya.

"Mengapa perlu adakan pilihan raya kecil lagi sedangkan rakyat sudah pilih wakil rakyat mereka pada pilihan raya umum (Mei) lepas?" soal beliau kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Stesen Mardi di Paya Keladi, di sini Khamis.

Abdullah menegaskan bahawa tindakan PKR itu merugikan semua, terutama rakyat kerana duit terbuang, begitu juga masa dan tenaga orang lain yang perlu bertugas ketika itu.

Bekas perdana menteri itu berkata, tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sebagai calon PKR pada pilihan raya kecil itu bukan sahaja membazirkan duit rakyat malah telah mengeksploitasi demokrasi negara.

Abdullah ketika ditanya sama ada Barisan Nasional (BN) perlu meletak calon untuk bertanding pada PRK Kajang itu, berkata beliau percaya pemimpin BN tahu apa yang perlu (dilakukan).

"Itu hak mereka sama ada mahu letak atau tidak," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya pada Rabu menetapkan 23 Mac sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Kajang manakala penamaan calon pada 11 Mac.

Turut mengiringi Abdullah ialah isterinya Tun Jeanne Abdullah. Terdahulu mereka mengadakan lawatan di Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC) Kampung Selamat, di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan