Usaha Kesan Suspek Bunuh Anggota SB Selesai

Diterbitkan: Khamis, 6 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis percaya usaha mengesan suspek yang membunuh anggota polis Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, T. Thivakaran di Bukit Persekutuan Selasa lepas, selesai dengan penahanan seorang anggota polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata, anggota polis berusia 33 tahun itu merupakan satu-satunya orang yang didapati berada di tempat kejadian.

"Kami akan lakukan siasatan lanjut terhadap suspek bagi memastikan motif pembunuhan," kata Khairi apabila dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Selasa lepas, Thivakaran dijumpai mati dengan dua kesan tembakan di kepala.

Lewat hari yang sama, suspek menyerah diri di balai polis Jalan Travers dengan membawa sepucuk pistol dan dia ditahan reman selama seminggu bagi membantu sisatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan