Tujuh Dikesan Positif Virus H1N1 Di Sabah

Diterbitkan: Khamis, 6 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seramai tujuh orang dikesan positif virus Influenza A (H1N1) di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas di Sabah.

Pengarah hospital, Dr Tan Bee Hwai berkata, lima kanak-kanak dan dua penjaga dewasa didapati positif H1N1 selepas menjalani ujian bagi virus itu.

Berikutan keputusan itu, seluruh wad di hospital tersebut yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Kota Kinabalu terpaksa dikuarantin.

"Ini termasuk pesakit-pesakit, pembawa wabak itu dan kakitangan di wad," katanya ketika dihubungi The Star pada Khamis.

"Keutamaan kami sekarang ialah menghentikan penularan itu termasuk mengkuarantin wad dan memastikan semua menjaga kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan selain penggunaan topeng muka," tambah Dr Tan.

Beliau berkata, pegawai perubatan turut berusaha untuk mengenal pasti sumber yang membawa wabak H1N1.

Dr Tan berkata, doktor dan kakitangan juga perlu bersedia untuk mengendalikan situasi itu berikutan wabak H1N1 pernah berlaku di hospital itu pada 2009.

"Kita mempunyai tindakan yang perlu dan tempat rawatan perubatan bagi menghadapi wabak ini," katanya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Christina Rundi tidak dapat dihubungi bagi mengulas perkara itu.

Difahamkan ujian saringan terhadap pesakit, ibu bapa pesakit atau penjaga dan kakitangan di hospital itu sejak dua hari lalu.

Walaupun tiada pegawai kesihatan mengumumkan mengenai wabak itu, kakitangan yang telah bekerja sejak 8 Januari lalu diminta untuk menjalani ujian saringan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan