Tiada Kenaikan Tol Bagi 14 Lebuhraya

Diterbitkan: Khamis, 6 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fadillah Yusof.
Fadillah Yusof.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 lebuhraya, yang sepatutnya menaikkan kadar tol pada tahun ini, tidak akan berbuat demikian berikutan keputusan kerajaan bagi tiada kenaikan tol pada tahun ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Berikutan keputusan tiada kenaikan tol itu, syarikat konsesi layak mendapat pampasan kira-kira 400 juta, katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kementerian akan membuat kajian menyeluruh berhubung konsesi tol sedia ada dalam konteks jangka panjang, dengan mengkaji terma yang boleh dipersetujui bersama dengan pihak konsesi berkaitan kutipan tol.

"Kementerian akan memperincikan beberapa opsyen seperti penstrukturan semula kadar tol dengan kos operasi, kos penyelenggaraan, jumlah trafik, keuntungan atau kerugian syarikat serta kemudahan yang disediakan bagi keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya," katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis mengumumkan tiada kenaikan tol untuk tahun ini dan kerajaan perlu menyediakan RM400 juta sebagai bayaran pampasan kepada syarikat konsesi yang terlibat.

Fadillah berkata, kementerian juga akan mengadakan perjumpaan dengan syarikat konsesi untuk berbincang lebih lanjut berhubung penemuan dan cadangan Jawatankuasa Khas Kabinet yang dipengerusikan Muhyiddin mengenai isu tol.

Beliau berkata, kementerian turut akan mengadakan rundingan bersama dengan Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan syarikat konsesi.

Katanya, rundingan itu bagi mencari kaedah penyelesaian jangka pendek, sederhana dan jangka panjang berkait dengan lebuh raya sekali gus memberi pakej 'menang-menang' kepada semua pihak iaitu kerajaan, rakyat, syarikat, pelabur serta pemberi pinjaman.

14 lebuhraya yang tiada kenaikan tol:

1. Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (Akleh).

2. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint).

3. Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

4. Lebuhraya Storm Water Management and Road Tunnel (Smart).

5. Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (Silk).

6. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

7. Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas).

8. Lebuhraya Senai-Desaru (SDE).

9. Lebuhraya Shah Alam-Kuang (GCE).

10. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

11. Lebuhraya Sungai Besi (Besraya).

12. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).

13. Lebuh Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX).

14. Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke).

- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan