Spekulasi Taib Mahmud Akan Bersara Semakin Rancak

Diterbitkan: Khamis, 6 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Taib Mahmud
Abdul Taib Mahmud

KUALA LUMPUR: Spekulasi Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan bersara tidak lama lagi kini semakin rancak menjadi topik perbualan banyak pihak, khususnya di negeri Bumi Kenyalang.

Taib, 77, yang menyandang jawatan Ketua Menteri itu selama 33 tahun dijadual berjumpa dengan semua anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuainya Sabtu ini (8 Februari).

Beliau juga dijadual bermesyuarat dengan semua Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sarawak pada Ahad, 9 Februari.

"Memang ada mesyuarat pada 8 Feb dan 9 Feb tetapi saya tak boleh cakap lebih daripada itu. Tolong tunggu sampai hari itu (untuk berita lebih lanjut)," seorang pemimpin kanan parti memberitahu Bernama apabila dihubungi.

Beberapa anggota Majlis Tertinggi PBB, yang enggan nama mereka didedahkan, berkata mereka telah diberitahu untuk menghadiri mesyuarat itu, namun tidak mahu mengulas lanjut.

Usaha untuk mendapatkan maklumat daripada Setiausaha Agung parti dan B Nnegeri, Datuk Dr Stephen Rundi, gagal dan panggilan ke telefon bimbitnya juga tidak dijawab.

Seorang sumber dalaman parti berkata Taib dijangka membuat beberapa "pengumuman penting" pada mesyuarat berkenaan dan akan menyerahkan kepada badan membuat keputusan parti untuk menentukan bagaimana ia akan dilaksanakan.

ATUR PELAN

Sumber dalaman parti itu menjelaskan, sekiranya Taib membuat pengumuman akan bersara, mengikut prosedur, satu 'badan' yang diketuai Timbalan Presiden 1, Tan Sri Alfred Jabu berkemungkinan ditugaskan untuk merangka pelan peralihan memandangkan Taib akan berlepas ke luar negara selepas itu.

Sejak Disember tahun lalu lagi sudah timbul spekulasi Taib sedang membuat persediaan untuk memberi laluan kepada pemimpin baru menggantikan tempatnya.

Ini diperkuatkan lagi apabila tempoh lanjutan perkhidmatan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng sebagai Yang di-Pertua Negeri hanya setakat 28 Februari.

Spekulasi juga bertiup kencang bahawa Taib akan mengambil alih jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri selepas itu.

Salahuddin, 92, anak kelahiran Sibu menyandang jawatan Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali, pertama pada 1977 hingga 1981 dan dari 2 Februari 2001 hingga sekarang.

Beberapa nama disebut-sebut sebagai calon pengganti Taib. Antaranya Menteri Pelancongan dan Perumahan Datuk Abang Johari Tun Openg yang juga Timbalan Presiden 2 PBB.

Satu lagi nama yang dikatakan berkemungkinan menyandang jawatan Ketua Menteri Sarawak yang baharu ialah bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar persekutuan Tan Sri Adenan Satem yang dibawa balik menganggotai kabinet kerajaan negeri selepas pilihan raya negeri 2011.

HANYA SPEKULASI

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Abdullah Saidol, baru-baru ini menafikan khabar-khabar angin itu dengan menyatakan ia tidak berasas dan hanya satu spekulasi semata-mata.

Menurut beliau, berita itu juga hanya spekulasi yang dicanangkan di media sosial memandangkan Taib sendiri tidak pernah membuat pengumuman seumpama itu.

"Biarlah Ketua Menteri sendiri yang membuat keputusan bila beliau mahu bersara. Sebagai Presiden PBB, beliau akan berbincang dengan anggota parti sebelum membuat keputusan yang besar itu," Saidol dipetik sebagai berkata oleh akhbar tempatan Sarawak Daily, akhir bulan lalu.

Pada April 2011, Taib mengumumkan bahawa beliau akan bersara dalam tempoh "dua atau tiga tahun" dan beliau juga mungkin mengundurkan diri pada "pertengahan penggal", tanpa menyebut sebarang tarikh tertentu.

Taib, yang juga pengerusi BN negeri, beberapa kali menyatakan bahawa beliau sudah mempersiapkan dan membimbing seorang pemimpin berkebolehan untuk menerajui PBB dan Sarawak.

Meskipun tidak ada sebarang maklumat mengenai perkara itu, Taib secara terbuka menyebut nama Johari, Adenan atau Naib Presiden Kanan 1, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan sebagai berpotensi menggantikan beliau.

PBB ditubuhkan selepas penggabungan antara Parti Bumiputra dan Parti Pesaka pada Januar1 1973.

PBB, tulang belakang kerajaan negeri Sarawak pada masa ini adalah parti kedua terkuat di kalangan komponen BN selepas UMNO.

Ini berdasarkan jumlah kerusi selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13. PBB menguasai 14 kerusi Parlimen dan 35 kerusi dewan undangan negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan