Spekulasi Persaraan Memuncak Apabila Taib Tidak Hadir Majlis Rasmi

Diterbitkan: Khamis, 6 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Spekulasi mengenai Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan bersara bulan ini memuncak pada Khamis apabila beliau tidak hadir pada satu lagi majlis rasmi, yang kedua sejak desas-desus itu tersebar semalam.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu mewakili Taib pada majlis penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia Kerajaan Sarawak di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini pada Khamis.

Semasa ditemui pemberita, Jabu berkata adalah perkara biasa bagi seorang ketua menteri untuk meminta anggota Kabinet mewakili dirinya apabila beliau mempunyai komitmen lain yang lebih penting.

"Beliau (Taib) meminta saya sebagai timbalannya untuk mewakilinya; saya sebagai timbalannya hanya menjalankan tugas mewakilinya. Ia perkara biasa," katanya tanpa mengulas lanjut.

Kepada soalan lain, Jabu, juga enggan menyatakan sama Taib berada di dalam negeri atau di tempat lain.

Malam tadi, Taib mewakilkan tugas merasmikan majlis makan malam Lembaga Lindungan dan Pembangunan Tanah Sarawak (Pelita) kepada Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Semasa berucap pada majlis itu, Awang Tengah memohon maaf atas ketidakhadiran Taib dan menyatakan ketua menteri mempunyai komitmen lain.

Awang Tengah, yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) meminta wartawan menulis mengenai teks ucapan Taib yang dibacakannya pada majlis itu.

Beliau enggan mengulas mengenai spekulasi bahawa Taib akan bersara bulan ini.

Akhbar berbahasa Melayu Berita Harian dalam laporan muka hadapannya semalam, melaporkan bahawa Taib, yang telah menjadi ketua menteri sejak 1981, akan mengumumkan persaraannya minggu ini.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan