Pengguna Data Perlu Daftar Sebelum 15 Februari

Diterbitkan: Khamis, 6 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRJAYA: Semua pihak yang dikategorikan sebagai pengguna data di bawah Perintah Golongan Pengguna Data dinasihatkan supaya mendaftar dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia sebelum tarikh tutup 15 Februari.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam kenyataan pada Khamis berkata, memproses data peribadi dalam transaksi komersial tanpa pendaftaran adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 16, Akta 709 yang boleh dikenakan penalti dan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

"Kegagalan mendaftar juga boleh menjejaskan peluang mereka menyertai Forum Pengguna Data yang bakal diwujudkan bagi membangunkan Tata Amalan Pematuhan," menurut kenyataan itu.

Golongan pengguna data mengikut sektor yang wajib berdaftar berdasarkan Seksyen 14 dan Perintah Perlindungan Data Peribadi P.U (A) 336 adalah sektor komunikasi, perbankan dan institusi kewangan, insurans, kesihatan, pelancongan dan hospitaliti, pengangkutan, pendidikan, jualan langsung, perkhidmatan, hartanah dan utiliti.

Bagaimanapun, bagi golongan pengguna data yang tidak tergolong dalam Perintah Golongan Pengguna Data, mereka masih tertakluk kepada Akta 709 dan dinasihatkan mengambil langkah-langkah pematuhan termasuk menyedia, meneliti semula atau menambah baik polisi sedia ada, prosedur, proses dan sistem berkaitan pemprosesan data peribadi agar selaras dengan keperluan akta yang sama.

"Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) mula berkuat kuasa 15 November tahun lepas dan semua pengguna data sedia ada perlu mematuhi keperluan akta itu termasuklah berdaftar dengan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi," kata kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang www.pdp.gov.my, - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan