Penduduk Pasir Mas Rasai Pengalaman Kesejukan

Diterbitkan: Khamis, 6 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Penduduk di sekitar Pasir Mas kini merasai pengalaman baru iaitu berada dalam cuaca sejuk.

Tinjauan The Star di daerah itu pada pagi Khamis mendapati rata-rata pelajar sekolah memakai jaket sehingga ke dalam kelas.

"Sekarang cuaca sejuk pada setiap pagi dan ia akan berterusan selama beberapa jam, sebab itu saya memakai jaket ke sekolah. Sebelum ini saya hanya berasa sejuk pada musim tengkujuh," kata Nurul Masturina Husna Mohamad pelajar tahun enam.

Seorang penduduk, Razali Che Kob, 38, berkata, suhu di kawasan itu kini turun kepada 17°C pada pagi Rabu.

"Saya berasa sejuk pagi semalam dan ingat telah selsema, tetapi apabila jiran juga berkata perkara sama barulah saya sedar bahawa suhu telah turun.

"Pelajar yang keluar ke sekolah pada pagi hari juga menyatakan perkara sama," ujarnya.

Sesetengah penduduk di daerah ini dilihat memakai jaket sehingga pukul 9.30 pagi kerana kesejukan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi melaporkan suhu yang dicatatkan di Kuala Krai pada bulan lalu adalah 17.2°C dan mejadikannya di kedudukan kedua selepas Cameron Highland di Pahang iaitu 12°C.

Catatan suhu di Kuala Krai pada Rabu pula serendah 19.1°C sebelum meningkat sehingga 29.2°C. Di Kota Bharu suhu dicatatkan adalah serendah 21°C dan naik sehingga 27.9°C.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan