MB Pertahan Tamat Kontrak 22 Kakitangan PKNS Holdings

Diterbitkan: Khamis, 6 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan penamatan kontrak 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).

Katanya dengan penamatan kontrak tersebut, PKNS berjaya menjimatkan kos operasinya sebanyak RM7 juta setahun.

Tambah beliau, Pengurus Besar PKNS yang baharu, Azlan Alfiah merupakan individu yang bertanggungjawab mencadangkan penyusunan semula organisasi perbadanan berkenanan termasuk penamatan kontrak 22 kakitangan tersebut.

"Saya mengarahkan Pengurus Besar PKNS untuk buat kajian terperinci organisasi termasuk melibatkan sumber manusia.

"Arahan ini dibuat selepas kita menerima aduan daripada pemberi maklumat dalaman bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS terbantut apabila organisasi dan jabatan baharu diwujudkan yang diketuai orang luar dengan tangga gaji tinggi.

"Maknanya pengambilan pegawai-pegawai baharu dalam PKNS Holdings tidak dibuat menurut tatacara integriti," katanya.

Selasa lalu PHSB memecat 22 kakitangannya, tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa Isnin.

Kesemua kakitangan PHSB, yang juga anak syarikat PKNS, menerima surat penamatan kontrak itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan selepas hadir bekerja seperti biasa.

Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Sementara itu ditanya sama ada keputusan tersebut akan menjejaskan operasi PKNS, Abdul Khalid berkata, kakitangan tetap sedia ada berupaya memikul tanggungjawab ekoran daripada pengosongan jawatan itu.

"Mereka ada atau tidak sama sahaja...tak ada beza. Sudah ada pegawai tetap yang pikul tanggungjawab yang ditinggalkan.

"Lagi pun selama ini berlaku pertindihan tugas antara pegawai kontrak yang dibayar gaji tinggi dengan kakitangan tetap," katanya.

Diminta mengulas mengenai kenyataan kakitangan PHSB yang ditamatkan kontrak bahawa keputusan itu dibuat dengan kejam dan tidak beretika, Abdul Khalid bagaimanapun menafikannya.

Jelas beliau PKNS mematuhi prosedur penamatan kontrak seperti yang terkandung dalam syarat dan perjanjian lantikan perjawatan setiap kakitangan yang terlibat.

"Penamatan kontrak itu perkara biasa, berlaku di mana-mana syarikat bukan sahaja di PKNS.

"Kalau saya kejam takkanlah ada sesetengah pegawai itu yang dapat ganti rugi melebihi RM60,000. Jumlah itu sudah dinyatakan dalam perjanjian dan PKNS mesti ikut," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan